JAKARTA, 30 Okt (Bernama) -- Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN bertujuan menangani isu-isu undang-undang utama dalam kalangan negara anggota.
Pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat antara Pejabat Peguam Negara kedua-dua negara semasa Persidangan Peguam Negara China-ASEAN ke-14 yang diadakan di Singapura dari 28 hingga 30 Oktober.
“Kami membincangkan kepentingan mewujudkan badan rasmi untuk menangani isu-isu berkaitan tugas Peguam Negara di negara-negara anggota ASEAN,” kata Timbalan Peguam Negara Indonesia bagi Hal Ehwal Sivil dan Pentadbiran, R. Narendra Jatna, dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan Peguam Negara Singapura dan Vietnam, dan kedua-dua pihak menyatakan hasrat mereka untuk memperkukuh kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU).
“Dengan mengambil kira kedudukan penting kami sebagai anggota ASEAN, kami komited secara kolektif untuk menegakkan undang-undang dan memerangi jenayah dalam konteks rantau ini,” katanya.
Persidangan Peguam Negara China-ASEAN ke-14 bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan jenayah dalam kalangan negara-negara ASEAN dan China.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial