BELANJAWAN 2025 > BERITA

Deepavali: Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Meningkat Malam Ini

30/10/2024 09:35 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari ibu negara dilaporkan semakin meningkat setakat 8 malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan bersempena cuti perayaan Deepavali yang disambut esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan.

Beliau berkata trafik bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Seremban serta di PLUS E1 dari Sungai Buloh menuju ke utara.

“Trend peningkatan aliran trafik dijangka berterusan hingga tengah malam ini berikutan ramai yang sudah memulakan perjalanan keluar dari Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan