CASCAIS (Portugal), 31 Okt (Bernama-CMG) -- Jaguh pingpong China Ma Long menerima Anugerah Kerjaya Sukan Cemerlang oleh Pertubuhan Jawatankuasa Olimpik Nasional (ANOC) 2024 di sini pada Rabu, kerana pencapaian luar biasa dan sumbangan besar beliau terhadap sukan itu.
Ma, 36, melibatkan diri dalam pertandingan Sukan Olimpik untuk empat edisi sejak Sukan Olimpik London 2012. Dalam kerjayanya, beliau telah memenangi enam pingat emas Olimpik, dan menjadi atlet yang merangkul pingat emas Olimpik paling banyak dari China.
Ma Long mula belajar bermain pingpong pada umur lima tahun dan menjadi anggota pasukan pingpong negara pada 2003.
Pada Sukan Olimpik Tokyo yang diadakan pada 2021, Ma Long berjaya mempertahankan kejohanannya dalam acara perseorangan lelaki dan menjadi pemain pingpong lelaki pertama yang memenangi dua "Grand Slam" di dunia.
"Anugerah ini bukan sahaja pengiktirafan untuk usaha saya, malah juga buat seluruh pasukan pingpong China.
"Empat daripada enam pingat emas Olimpik yang saya peroleh adalah daripada acara berpasukan, dan ia memperlihatkan usaha bersama semua anggota. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan sepasukan saya," kata Ma.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial