KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang merupakan satu langkah penting dalam tadbir urus alam sekitar di negeri itu.
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata RUU berkenaan akan memperkukuhkan lagi kuasa Sarawak untuk mengawal selia sumber asli, pemuliharaan alam sekitar dan kawalan pencemaran.
“Rang Undang-Undang baharu ini bertujuan menyediakan pendekatan moden dan menyeluruh terhadap pengurusan sumber asli Sarawak serta pemuliharaan alam sekitar,” katanya ketika membentang RUU berkenaan hari ini.
Beliau berkata RUU berkenaan merangkumi peruntukan yang memberi kuasa penuh kepada negeri untuk melaksanakan kawalan terhadap bidang penting seperti pemuliharaan sumber, pengurusan alam sekitar, kawalan pencemaran dan pembangunan mampan.
“Peruntukan ini bukan sahaja bertujuan melindungi aset semula jadi Sarawak tetapi turut mempromosikan pembangunan bertanggungjawab yang selari dengan piawaian alam sekitar global,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial