KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasukan sukan tarian negara merangkul satu pingat emas pada Terbuka Macedonia 2024 Isnin lepas.
Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) menyatakan emas berkenaan diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam kategori Latin Solo Wanita.
Cherry mempamerkan bakat dan keunggulan seni tari luar biasa hingga memukau barisan juri, sekali gus meletakkan dirinya mengungguli kedudukan teratas.
Pencapaian Cherry itu memberikan perkembangan positif kepada kedudukan rankingnya yang kini menghuni ranking kedua dunia bagi kategori Latin Solo Wanita.
"Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 22 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial