BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sebahagian Jalan Masjid India Terlibat Insiden Tanah Jerlus Dibuka Semula

20/11/2024 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sebahagian Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus telah dibuka semula kepada orang awam. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan laluan yang dibuka termasuk kawasan berhampiran Bit Polis Jalan Masjid India dan lorong antara premis perniagaan berkuat kuasa bermula 10 Nov lepas. 

"Pembukaan ini dibuat setelah kerja-kerja pembaikan dan penyiasatan tanah di kawasan tersebut berjaya diselesaikan. 

"DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama yang telah diberikan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan sepanjang tempoh kerja ini dijalankan," menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, DBKL memaklumkan kawasan ground zero iaitu lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang giat dijalankan.

"Berdasarkan prestasi kerja di tapak, kawasan ground zero ini dijangka dibuka sepenuhnya menjelang hujung Disember 2024 berbanding jangkaan awal pada Februari 2025.

"DBKL komited memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan menyeluruh," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan