BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir Di Terengganu Hampir Pulih Sepenuhnya

21/11/2024 08:40 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Nov (Bernama) --  Banjir di Terengganu hampir pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah menurun daripada 2,579 orang pagi tadi kepada 29 orang setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.

Bagaimanapun di daerah Kemaman masih terdapat 29 mangsa daripada enam keluarga yang berlindung di sebuah PPS iaitu di Balai Raya Padang Kemunting.

Menurut JBPNT cuaca agak baik iaitu mendung tanpa hujan lebat hari ini menyebabkan air surut dan penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu menurut laman web publicinfobanjir paras air sungai di dua lokasi iaitu di Sungai Nerus di Kampung Langkap (F1), Setiu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu melepasi paras amaran.

Sementara di Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, paras air sungai dilaporkan dalam keadaan waspada.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan