BELANJAWAN 2025 > BERITA

KPDN Kelantan Buru Lima Individu Rakyat Tempatan

21/11/2024 11:03 PM

KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan sedang mengesan lima rakyat tempatan yang dikehendaki bagi pertuduhan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarahnya Azman Ismail berkata mereka terdiri Afiq Hazwan Azmi, 24, dari Kampung Padang Kala, Ketereh dan Mohd Salman Hassan, 29, yang beralamat di No 2584 Taman Kala Perdana, Jalan Peringat.

Turut diburu Mohd Shaifuddin Hassan, 45, dari Lot 2056 Kampung Keting Gunung, Bachok, Mohd Nor Othman @ Salleh, 36, beralamat di Lot 150 Jalan Kampung Gong Kala, Sungai Petai Pasir Puteh manakala Tan Chak Kee, 55 di 4092, Jalan Krai Central Park 1, Kuala Krai.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pejabat KPDN Kelantan atau pegawai penyiasat KPDN di talian +6019-655 6497 atau melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan