BELANJAWAN 2025 > BERITA

Berhati-hati Sampaikan Ucapan Berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im

22/11/2024 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan terutamanya dalam perkara berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung perkara berkenaan perlu dielakkan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil maklum berhubung dakwaan perbuatan seorang individu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan ceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini dan tindakan polis yang telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Kita minta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut membuat siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW setelah menerima laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan