BELANJAWAN 2025 > BERITA

Piala Malaysia: NSFC Ada Peluang Cerah Raih Kemenangan Lawan PDRM FC

21/11/2024 11:40 AM

SEREMBAN, 21 Nov (Bernama) -- Negeri Sembilan FC (NSFC) mempunyai peluang cerah untuk meraih kemenangan beraksi di laman sendiri menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dalam saingan Piala Malaysia Ahad ini, kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Mustapha Nagoor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri berkata ini berikutan pelbagai rombakan yang dilakukan terhadap skuad itu, termasuk kemasukan pemain baharu selepas beberapa episod kekalahan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebelum ini.

“Setelah kita buat perubahan tempoh hari, buat rombakan, masukkan pemain baharu, kita nampak permainan ditonjolkan sudah berubah, lebih stabil dan saya yakin kita akan peroleh kemenangan Ahad ini. Pemain harus berusaha sepenuhnya.

“Semasa latihan, jurulatih akan memberikan strategi untuk menang, tetapi apabila tiba di dalam permainan, kadang-kadang mereka tidak dapat mengikuti perancangan. Inilah masalahnya. Jadi, saya harap mereka akan mengikut apa yang telah dirancang dan bangkit dalam perlawanan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Skuad kendalian K Nanthakumar itu akan menerima kunjungan PDRM FC bagi perlawanan pusingan pertama dalam saingan 16 pasukan Piala Malaysia, Ahad ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan