BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir: 117 Mangsa Dipindahkan, Dua PPS Dibuka Di Klang

29/11/2024 09:56 AM

SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) -- Sebanyak 117 orang daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang selepas hujan lebat sejak semalam, menyebabkan kawasan kediaman mereka dilanda banjir .

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata PPS Balai MPKK Bukit Kapar yang dibuka pada 8 malam tadi, menempatkan 21 mangsa.

“PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai yang mula beroperasi pada 12.15 tengah malam tadi pula menempatkan seramai 96 individu.

“Kedua-dua PPS tersebut menempat mereka yang terjejas di sekitar kawasan Kapar dan Meru,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata sebanyak empat balai bomba dan penyelamat (BBP) iaitu Kapar, Bukit Jelutong, Dengkil dan Subang Jaya ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pemantauan serta operasi banjir. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan