BELANJAWAN 2025 > BERITA

Lapangan Terbang Chennai India Ditutup Susulan Taufan Fengal

30/11/2024 07:24 PM

NEW DELHI, 30 Nov (Bernama) -- Penerbangan di Lapangan Terbang Chennai di selatan India terganggu pada Sabtu ketika rantau itu bersiap sedia menghadapi taufan "Fengal".

Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan dan dilencongkan kerana cuaca buruk yang melanda bandar raya itu.  

Lapangan terbang Chennai menggantung operasi dari 12.30 tengah hari hingga 7 malam Sabtu susulan "kebimbangan keselamatan yang dibangkitkan oleh syarikat penerbangan berkaitan," menurut ramalan Jabatan Cuaca.

"Penerbangan ke dan dari Chennai terjejas akibat cuaca buruk dan hujan lebat," menurut kenyataan Air India.  

Pelbagai kawasan di negeri Tamil Nadu dilanda hujan lebat disertai angin kencang.  

Taufan Fengal dijangka melanda daratan berhampiran Puducherry di pantai Coromandel, selatan India.  

Kerajaan negeri menutup sekolah dan kolej di daerah Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpet serta meminta syarikat teknologi maklumat membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, menurut laporan media tempatan.  

Wilayah itu dijangka dilanda hujan lebat dalam tempoh 48 jam akan datang, menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Menteri Tamil Nadu, M.K. Stalin.  

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan