BELANJAWAN 2025 > BERITA

Timor-Leste Zahir Simpati Terhadap Mangsa Banjir Di Malaysia, Sedia Tawar Bantuan

02/12/2024 01:43 PM

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) --  Timor-Leste hari ini menzahirkan simpati yang mendalam dan solidariti kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir yang teruk, baru-baru ini.

Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão, yang dalam rangka kerja lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia sehingga esok, berkata negara tersebut sedia menawarkan bantuan kepada Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Timor-Leste, kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan mengalami kehilangan, serta menawarkan sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala di sini hari ini.

Setakat 8 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan seramai 138,052 orang.

Xanana Gusmão tiba di Malaysia semalam untuk memulakan lawatan rasminya selama tiga hari, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas memegang jawatan pada 1 Julai 2023.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan