BELANJAWAN 2025 > BERITA

Malaysia Pertingkat Kerjasama Ekonomi Dengan Perikatan Pasifik

03/12/2024 10:49 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan peluang dengan meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Perikatan Pasifik, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau menekankan bahawa tumpuan kerjasama itu menjangkau perdagangan dan pelaburan.

“Seperti yang sering diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita sedang melihat peluang kerjasama dan inovasi, terutama dalam memacu industri pembinaan tempatan ke fasa baharu,” katanya pada Seminar Mengenai Peluang Perniagaan dalam Perikatan Pasifik hari ini.

Menurut Liew, ketika Malaysia meneruskan penglibatan dengan rakan kongsi utama seperti Amerika Syarikat dan China, negara sedang berusaha untuk meluaskan skopnya di luar hubungan ekonomi dua hala tradisional dengan negara-negara ini.

Memandangkan Malaysia bersiap siaga sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, beliau berharap lebih banyak kemajuan akan dicapai dengan segala cadangan dan maklumat yang diperoleh.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang. Jawatan sebagai Pengerusi ASEAN yang bakal disandang Malaysia tiba ketika dunia sedang bergelut untuk membentuk orde global seterusnya.

“Ini adalah peluang untuk kita mencapai lebih banyak lagi. Saya berharap penglibatan lebih mendalam dengan Perikatan Pasifik dan peluang untuk meneroka bagaimana kita boleh membentuk rangka kerja sama global pada masa depan secara kolaboratif,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan