KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga negeri iaitu di Perak, Selangor dan Sarawak, hingga lewat petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan jangkaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di Selangor, antara kawasan dijangka terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial