KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Platform e-dagang berasaskan kandungan terkemuka, TikTok Shop baru-baru ini mengumumkan pelancaran ciri Affiliate Link terbaharunya di Malaysia, menjelang kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 dari 9 hingga 13 Dis ini.
TikTok Shop dalam kenyataan memaklumkan inovasi baharu itu akan memberi lebih fleksibiliti kepada lebih dua juta pencipta affiliate tempatan di platform itu untuk memperoleh komisen dengan menyokong penjual untuk terus berkembang.
Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia Nur Aisya Rosly berkata ciri baharu Affiliate Link itu mengurangkan halangan bagi kemasukan harian untuk rakyat Malaysia meraih pendapatan sebagai pencipta kandungan.
Sebagai tambahan kepada format Affiliate Collaboration sedia ada iaitu melalui kandungan dalam aplikasi dan fungsi beg kuning yang ikonik, beliau berkata pencipta kandungan kini boleh memperluaskan jangkauan mereka di luar platform untuk mempromosikan penjual TikTok Shop melalui Affiliate Link, dan ciri tersebut terbuka kepada semua pencipta kandungan tempatan di platform tanpa mengira jumlah pengikut mereka.
“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi lebih 96 peratus daripada 1.3 juta penjual di Malaysia juga akan mendapat manfaat daripada ciri baharu ini.
“Dengan membolehkan pencipta tempatan kami mempromosikan produk di luar platform secara mudah, kami mewujudkan ekosistem perdagangan sosial yang lebih inklusif dan terintegrasi untuk usahawan tempatan dan jenama buatan Malaysia mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik.
“Kami juga menggalakkan pencipta kandungan yang baru bermula mahupun yang telah berpengalaman di TikTok Shop untuk mencuba ciri baharu Affiliate Link semasa kempen Jualan Akhir Tahun 12.12 yang sangat dinantikan ini,” katanya.
Untuk layak menggunakan Affiliate Link, pencipta kandungan perlu menyertai Program Affiliate melalui laman profil TikTok mereka (TikTok Studio > TikTok Shop for Creator > Enable Affiliate).
Kenyataan itu juga memaklumkan, pencipta kandungan boleh menghasilkan Affiliate Link secara terus dalam aplikasi TikTok Shop selepas memilih produk yang layak bagi Program Affiliate untuk dipromosikan.
Pautan ini boleh dikongsi di pelbagai platfrom, menghalakan trafik kepada halaman produk dan penjual mendapat manfaat dengan memperluaskan jangkauan mereka di luar TikTok. Ini membolehkan pencipta kandungan membawa trafik luar ke kedai mereka dan memacu jualan sekali gus meningkatkan keterlihatan produk mereka.
Kadar komisen pula bergantung kepada struktur komisen individu penjual dan ia hanya dikreditkan kepada pencipta kandungan setelah pesanan berjaya dipenuhi.
Komisen daripada Affiliate Links diperoleh untuk tempoh maksimum 100 hari, selepas itu pencipta perlu menghasilkan pautan baharu.
Satu perkara penting adalah komisen yang diperoleh daripada Affiliate Links bergantung kepada sama ada pautan terakhir yang dilihat oleh pembeli untuk produk tersebut adalah pautan pencipta.
“Jangan lepaskan peluang terbaik untuk mencuba ciri baharu ini. Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok Shop menawarkan pembeli dengan baucar penghantaran percuma yang boleh digunakan di seluruh platform dan boleh digabungkan serta tawaran penghabisan RM12 pada 12 tengah hari setiap hari untuk jenama seperti Dynamo, NIVEA, Simplus, Swiss Thomas, Anua, dan banyak lagi.
“Terdapat juga tawaran ‘Harga Hangat’ setiap hari dengan harga kompetitif. Jadi, jangan terlepas penstriman langsung Jualan Akhir Tahun TikTok Shop pada 11 Dis dari 9 malam hingga 11.30 malam untuk menikmati baucar dan tawaran eksklusif di samping persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Ernie Zakri dan Amir Masdi.
“Selain itu, rebut peluang untuk memenangi hadiah barangan elektronik bernilai hingga RM50,000 dengan menyertai cabaran tanda pagar #TikTokShop1212YearEndSale,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan 12.12 dan Affiliate Link TikTok Shop, sila lawati https://snssdk1180.onelink.me/BAuo/dtka71eu dan https://seller-my.tiktok.com/university/essay?knowledge_id=1660270096221969&role=1&course_type=1&identity=1.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial