BELANJAWAN 2025 > BERITA

BANJIR DI PAHANG SEMAKIN PULIH, MANGSA DI JOHOR KEKAL 36 ORANG

15/12/2024 10:05 PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Banjir di Pahang hampir pulih apabila hanya empat orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 11 orang daripada empat keluarga, petang tadi.

Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Di JOHOR, jumlah mangsa tidak berubah iaitu 36 orang daripada 11 keluarga, setakat 8 malam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

"Satu sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan 8.74 meter (trend menurun), manakala Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat (3.34 meter) pada paras waspada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Muar, Mersing, Pontian, Segamat, Batu Pahat, Tangkak dan Kulai dijangka cerah, manakala Johor Bahru, Kluang serta Kota Tinggi diramal mendung malam ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan