PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan kepada Bernama pelantikan semula Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025.
Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.
Mohamad Salim dilantik sebagai Pengerusi MCMC bagi dua tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 29 Februari 2025.
Dilaporkan, di bawah pimpinan beliau, MCMC mencatatkan prestasi kewangan terbaik dengan pendapatan bersih RM1.13 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 38 peratus berbanding RM820.6 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial