MACAU, 20 Dis (Bernama-CMG) -- Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan membuat kunjungan ke Muzium Macau pada Khamis dengan ditemani isteri Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau Ho Iat Seng, Cheng Soo Ching.
Peng melihat artifak yang disimpan di muzium itu untuk mendalami sejarah, seni budaya, perkembangan industri dan kehidupan masyarakat tempatan.
Beliau berbual mesra dengan pewaris seni lukisan jubin dan ukiran kayu yang merupakan warisan budaya tidak ketara Macau.
Peng juga meluangkan masa berkongsi pengalaman mengunjungi muzium dengan kanak-kanak tempatan sebelum melawat pameran produk budaya kreatif.
Peng memberi galakan kepada mereka supaya mewariskan budaya tradisional unggul, menyemarakkan semangat patriotik, belajar pengetahuan dan kemahiran untuk menyumbang kepada pembangunan Macau dan tanah air.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial