BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bekas Pemain Boling Negara Allan Lee Meninggal Dunia

20/12/2024 05:55 PM

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bekas pemain boling kebangsaan, Allan Lee, meninggal dunia akibat faktor usia di sini, hari ini. Beliau berusia 83 tahun.

Berita pemergian beliau disahkan oleh Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok.

Allan, yang dikenali sebagai pemain boling disegani, telah banyak mencipta kejayaan cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa sepanjang kerjayanya.

Antara pencapaian beliau yang paling diingati ialah kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara trio di Sukan Asia 1986 di Korea Selatan, selain mencatat lima penampilan podium di temasya Sukan SEA pada tahun 1975, 1983, 1985, 1989 dan 1993.

Selain cemerlang sebagai atlet, Allan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat muda menerusi Program Pembangunan Boling Kebangsaan pada era 1990-an, yang menyaksikan ramai pemain muda berjaya mencapai potensi penuh mereka.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar buat komuniti boling Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” kata Maradona.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan