KUANTAN, 22 Dis (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan keluarga atas pemergian bapa beliau Yaacob Abd Rashid hari ini.
Turut menzahirkan ucapan takziah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan jenazah Allahyarham Yaacob telah disempurnakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tebal, Temerloh selepas solat Zohor.
“Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada Zulkifli atas kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada 1.30 pagi tadi.
“Saya berharap Zulkifli serta keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial