BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pejabat KDPB Sultan Pahang Dinamakan Sebagai Majlis Kesultanan Pahang

24/12/2024 06:54 PM

KUANTAN, 24 Dis (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menukar nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang berkuat kuasa mulai 1 Jan ini. 

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.

Dalam satu kenyataan hari ini yang dimuat naik di Facebook dan Instagram Kesultanan Pahang, beliau berkata ini termasuk segala urusan keseluruhan institusi Istana Pahang sama ada membabitkan urusan rasmi atau tidak rasmi.

“Ia (Majlis Kesultanan Pahang) juga berfungsi bertepatan dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang,” katanya

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan