BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan Kepada Gaza

26/12/2024 03:12 PM

KAHERAH, 26 Dis (Bernama-CMG) -- China menyerahkan dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada 23 Disember.

Majlis penandatanganan sijil penyerahan barangan berkenaan disaksikan oleh Duta Besar China ke Mesir Liao Liqiang dan Duta Besar Palestin ke Mesir Diab al-Louh di sini.

Liao Liqiang menyatakan bahawa demi meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China menghulurkan bantuan yang sesuai kepada Palestin secara berterusan melalui Mesir. Barangan bantuan berkenaan melibatkan bijirin dan ubat-ubatan.

Menurut beliau, China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.

Diab al-Louh pula menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada bantuan kecemasan China bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat di Gaza.

Beliau turut memuji China yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin demi keadilan dan bersuara untuk Palestin di arena antarabangsa. Ini sememangnya menggambarkan persahabatan yang mendalam antara Palestin dan China serta menunjukkan China menggalas tanggungjawab yang selaras dengan negara kuasa besar.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan