BELANJAWAN 2025 > BERITA

Peniaga Kerugiah Lebih Rm100,000 Akibat Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud

28/12/2024 12:16 PM

KUANTAN, 28 Dis (Bernama) -- Seorang peniaga warga emas dari Temerloh mengalami kerugian lebih RM100,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan pada November lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 67 tahun itu telah menyertai skim pelaburan saham pada 8 Nov lepas melalui aplikasi WhatsApp selepas suspek mendakwa dirinya pemegang jawatan tinggi dalam Bursa Saham.

Beliau berkata mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan tersebut apabila suspek memberitahu bahawa tiada cukai pelaburan dikenakan sekiranya peniaga itu menyertai pelaburan pada hari berkenaan .

“Mangsa telah membuat sembilan kali transaksi ke lapan akaun bank berlainan, sebanyak RM117,000. Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal berhubung dengan suspek dan tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

“Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini dan turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


ZAF SKMS RAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan