BELANJAWAN 2025 > BERITA

PM Anwar Ucap Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Xizang

07/01/2025 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada semua yang terjejas susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah autonomi Xizang, China.

Anwar dalam hantaran di Facebook turut menzahirkan solidariti Malaysia bersama kerajaan dan rakyat China susulan bencana itu.

"Ingatan kami adalah bersama mangsa, keluarga mereka, dan komuniti yang bergelut dengan kehilangan dan kemusnahan. Semoga mereka mendapat kekuatan, keberanian dan sokongan yang diperlukan untuk bertahan dan pulih dalam masa yang sukar ini,” kata Anwar.

Beliau juga menawarkan bantuan Malaysia kepada Nepal yang turut terjejas dalam gempa bumi itu.

Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 53 orang orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Tibet di selatan China, berhampiran sempadan Nepal pada Selasa.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di beberapa bahagian di India termasuk Bihar, Assam dan Bengal Barat.

-- BERNAMA 


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan