BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kerajaan Setuju Wujudkan Makmal Kajian Perkasa Ekosistem Halal

10/01/2025 04:46 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) bagi penyelarasan agenda halal negara hari ini bersetuju mewujudkan makmal kajian untuk melaksanakan pencetus perubahan (game changer) yang telah dipersetujui dalam Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau itu merupakan langkah susulan kepada dapatan bengkel berkenaan yang diadakan tahun lepas.

Beliau berkata menerusi bengkel itu, beberapa pencetus perubahan utama telah dikenal pasti untuk memperkasakan industri halal negara.

“Fokus utama mesyuarat kali ini adalah untuk merangka pembangunan industri halal secara holistik bagi jangka masa panjang dan mengkoordinasikan ekosistem halal secara lebih efektif,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata untuk memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri halal global, usaha secara bersama perlu digembleng kerana halal ialah satu agenda nasional dan menjadi tanggungjawab rakyat untuk melaksanakannya demi agama dan kesejahteraan ummah.

“Semoga usaha ini membuahkan hasil dan terus memperkasakan industri halal negara. Insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan