BELANJAWAN 2025 > BERITA

150 Pelatih Sukarela Lapor Diri Latihan Percubaan PLKN 3.0

12/01/2025 01:00 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sejumlah 150 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.

Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.

Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan hingga 25 Feb ini.

Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia, selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan