BELANJAWAN 2025 > BERITA

"Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" Tertumpu Kepada Keterbukaan Dan Kolaborasi

17/01/2025 02:44 PM

NANNING, 17 Jan (Bernama-CMG) -- Aktiviti "Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" yang bertemakan "Bersama Membina Rumah Persahabatan China-ASEAN: Keterbukaan dan Kolaborasi Perbandaran" telah dirasmikan di sini pada Khamis.

Pada sesi dialog, para datuk bandar atau perwakilan mereka dari bandar Nanning, China; Negeri Kedah, Malaysia; Mataram, Indonesia; Vientiane, Laos; Yangon, Myanmar; Changwat Suratthani, Thailand; Mong Cai, Vietnam dan Siem Reap Kemboja telah melakukan perbincangan tentang isu keterbukaan dan kolaborasi ekonomi perbandaran, pertukaran sosiobudaya dan pengalaman tadbir urus perbandaran.

"Kesalinghubungan dan pertukaran antara Laos dengan negara jiran terutama China menjadi semakin berkualiti berkat kelangsungan dan kejayaan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)," kata Datuk Bandar Vientiane, Atsaphangthong Siphandone ketika menyampaikan ucapan.

Beliau menambah, China sebagai peneraju integrasi ekonomi serantau yang bersikap terbuka, telah menyumbang kepada pembangunan bersama antara bandar serantau dan antarabangsa melalui rundingan dan penyelarasan berdasarkan kesamarataan yang menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Vietnam di Tinh Lang Son menunjukkan imaginasi yang besar terhadap kolaborasi perbandaran antara negaranya dengan China, dan menegaskan pihaknya akan menumpukan kepada peningkatan kesalinghubungan dengan China melalui pintu sempadan, pembangunan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan, penawaran pakej pelancongan rentas sempadan, penganjuran aktiviti pertukaran kebudayaan dan pembinaan plaza pintu sempadan pintar, manakala mengoptimumkan prosedur masuk dan keluar sempadan serta membina wahana perdagangan rentas sempadan.

Sementara itu, Inisiatif Nanning juga diwartakan pada hari yang sama, dengan tujuan untuk mendorong pelbagai pihak bertindak pantas melakukan kerjasama yang substantif, mempercepat langkah dalam membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Dimaklumkan lagi, sebanyak 14 item yang termeterai dalam aktiviti tersebut melibatkan pelaburan bernilai RMB3.3 bilion (RM2 bilion) dalam bidang penjalinan ikatan bandar kembar, perdagangan, logistik dan pengangkutan, pendidikan dan pelancongan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan