BELANJAWAN 2025 > BERITA

JAS Sedang Teliti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Untuk Ditambah

21/01/2025 08:13 PM

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang meneliti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk ditambah baik dalam pindaan Fasa 2, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Beliau berkata akta berkenaan dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku keempat tahun ini untuk dimuktamadkan.

Wan Abdul Latiff berkata JAS terus memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap peningkatan kompetensi Orang Yang Berwibawa (OYB) dalam industri, seiring dengan pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.

Menurut beliau ia merangkumi bidang-bidang kawalan pencemaran air, udara, buangan terjadual serta penilaian impak kepada alam sekitar daripada industri dan penggerak projek Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (ElA).

“Peningkatan bilangan OYB dari tahun ke tahun menunjukkan kesedaran dan kefahaman yang semakin mendalam dalam kalangan pihak industri untuk memastikan pematuhan terhadap perundangan yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga 15 Jan lepas, seramai 11,780 individu berjaya ditauliahkan melalui Program Pensijilan Profesional Alam Sekitar.

Ini membuktikan komitmen berterusan pihak industri dalam memastikan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan