BELANJAWAN 2025 > BERITA

Syria Rancang Gubal Perlembagaan Baharu, Buka Ekonomi Kepada Pelaburan Asing

23/01/2025 06:08 PM

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama-QNA) -- Menteri Luar pentadbiran baharu Syria Asaad Al Shaibani mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa pakar daripada pelbagai puak di Syria akan mula merangka perlembagaan baharu susulan dialog nasional, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Al Shaibani turut mendedahkan rancangan untuk membuka ekonomi Syria kepada pelaburan asing, dengan tumpuan kepada perkongsian tenaga dan elektrik dengan negara serantau.

Beliau menekankan bahawa menarik balik sekatan yang dikenakan semasa pemerintahan presiden yang "digulingkan" Bashar Al Assad adalah penting untuk kestabilan Syria, sambil menegaskan bahawa sekatan itu yang pada asalnya bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Syria, kini memberi kesan buruk kepada mereka.

-- BERNAMA-QNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan