BELANJAWAN 2025 > BERITA

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

28/01/2025 11:29 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang utama lain menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, bermula hari ini dan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar US daripada 4.3760/3825 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan mesyuarat FOMC akan diketahui pada hari Khamis sama ada Kadar Dana Fed akan dikekalkan pada 4.50 peratus.

Beliau berkata pelabur memberi tumpuan kebanyakannya kepada bagaimana ahli FOMC melihat prospek inflasi yang tinggi berikutan potensi kenaikan tarif import.

"Menjelang mesyuarat dua hari FOMC yang akan bermula hari ini dan minggu dagangan singkat disebabkan cuti umum, kami menjangkakan ringgit akan mengekalkan julat antara RM4.37 hingga RM4.38," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam hasil Perbendaharaan AS 10 tahun lebih rendah sebanyak 10 mata asas kepada 4.53 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) jatuh sebanyak 0.09 peratus kepada 107.341 mata.

“Nampaknya pasaran berhati-hati terhadap pasaran ekuiti khususnya sektor berkaitan teknologi jatuh dengan ketara, didorong oleh kebimbangan terhadap penilaian tinggi dan kemunculan pilihan alternatif kecerdasan buatan (AI) yang lebih murah dari China,” katanya.

Sementara itu, ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8249/8289 daripada 2.8313/8357 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.5693/5750 daripada 4.5900/5968 dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4508/4577 daripada 5.4643/4724.  

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.9045/9302 daripada 12.9840/13.0110 pada Isnin, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2424/2470 daripada 3.2518/2569 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/270.9 berbanding 270.6/271.0.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.50.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan