KUCHING, 28 Jan (Bernama) -- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau memasuki hari keenam operasinya dan kekal sebagai satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.
Sementara itu, tujuh lokasi pemantauan di daerah Sebauh, yang bersebelahan Tatau, turut merekodkan peningkatan paras air dan sedang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan.
Di samping itu, 10 lokasi di Matu dan empat lokasi di Kuching juga mencatatkan kenaikan paras air.
Empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran yang masing-masingnya terletak di Giam Pasang B di Kapit, Long Teru, Marudi dan Nanga Lemai B di Sibu pula mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial