BELANJAWAN 2025 > BERITA

Semua Pihak Perlu Hati-hati Beri Kenyataan Berkaitan Agama - Mohd Na'im

01/02/2025 12:31 AM

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Semua pihak termasuk para pemimpin perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung agama agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Sensitiviti agama itu saya ingat kita perlu selalu tekankan sebab kita tidak mahu ada kenyataan yang boleh menyebabkan salah faham.

"Nasihat saya adalah supaya kita sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan yang kita keluarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Zikir Akbar MADANI sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peringatan yang dikeluarkan Majlis Ulama UMNO kepada barisan menteri, terutama yang bukan Islam, agar mereka lebih berhati-hati dalam memberikan ulasan berkaitan perkara yang berkaitan Islam dan umat Islam.

Sementara itu, turut hadir pada majlis malam ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Antara pengisian program termasuk solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia selain tausiyah khas mengenai nilai perpaduan dan kesejahteran sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan esok yang bersamaan 1 Syaaban.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan