BELANJAWAN 2025 > BERITA

Agong Sambut Baik Pendekatan Subsidi Bersasar, Mahu Pengagihan Cekap Dan Berkesan

03/02/2025 12:15 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik pendekatan subsidi bersasar oleh Kerajaan MADANI yang berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Seri Paduka Baginda bagaimanapun mahu agar subsidi bersasar diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja.

Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini, turut mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan, sekali gus berharap ia akan terus dipertingkatkan.

“Saya bersyukur melihat perkembangan ekonomi termasuk prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin bertambah baik, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.

“Namun begitu kerajaan hendaklah menentukan arah prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan