BELANJAWAN 2025 > BERITA

TFC Akui Tugas Sukar Hadapi BG Phantum United

04/02/2025 04:53 PM

KUALA NERUS, 4 Feb (Bernama) -- Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui bakal berdepan tugas sukar berdepan BG Panthum United pada cabaran Piala Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 di Bangkok, malam esok.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata ia berikutan kelab dari Thailand itu sedang berada pada prestasi terbaik bukan sahaja di Liga Premier Thailand, malah menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Bagaimanapun Badrul Afzan berkata anak buahnya telah mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi cabaran tuan rumah, dalam misi membawa pulang tiga mata penuh dari tempat lawan.

“Kita memiliki peluang untuk mara ke separuh akhir sekiranya berjaya mengutip tiga mata. Peluang ini tidak harus disia-sia dan dilepas begitu sahaja.

“Saya menggesa supaya semua pemain lebih berdisplin, fokus dan berusaha mendapatkan jaringan awal untuk lebih motivasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

TFC kini berada di tangga kedua Kumpulan A, berkongsi tujuh mata dengan kelab Indonesia PSM Makassar FC di tempat ketiga.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan