BELANJAWAN 2025 > BERITA

Macron Desak Trump Tidak Jejaskan Ekonomi EU Dengan Tarif

10/02/2025 03:34 PM

MOSCOW, 10 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron menegaskan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak seharusnya menjejaskan ekonomi Kesatuan Eropah (EU) dengan ancaman tarif kerana ia bukan untuk kepentingan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti. 

"Eropah adalah sekutu anda. Jika anda mahu Eropah lebih banyak melabur dalam keselamatan dan pertahanan, jika anda mahu Eropah berkembang – yang saya percaya adalah kepentingan AS – anda tidak sepatutnya menjejaskan ekonomi Eropah dengan ancaman tarif," kata Macron dalam temu bual bersama CNN. 

Beliau berkata pelaksanaan tarif ke atas EU akan menyebabkan inflasi dan kenaikan harga di AS. 

Trump sebelum ini berkata bahawa beliau akan mengenakan tarif import ke atas barangan dari EU kerana Brussels bertindak tidak adil terhadap Washington. 

Jurucakap Suruhanjaya Eropah pada 2 Feb pula memberitahu Sputnik/RIA Novosti bahawa EU belum menerima maklumat mengenai sebarang tarif tambahan daripada AS, namun bersedia untuk "bertindak balas secara tegas" sekiranya langkah itu dilaksanakan. 

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan