BELANJAWAN 2025 > BERITA

Honda, Nissan Batalkan Pelan Penggabungan, Teruskan Perkongsian Strategik 

13/02/2025 05:18 PM

TOKYO, 13 Feb (Bernama-Kyodo) -- Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan, selepas rundingan gagal kurang dua bulan selepas pengumuman dibuat, lapor Agensi Berita Kyodo. 

Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Meskipun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, iaitu rakan kongsi Nissan, menurut kenyataan syarikat berkenaan. 

Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026, yang akan menyelia operasi jenama masing-masing. 

Penggabungan itu dijangka dapat mengurangkan kos serta meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian, sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan pesaing global seperti Tesla Inc dan BYD Co. 

Ketika pengumuman dibuat, Honda menetapkan pemulihan operasi Nissan sebagai syarat utama perjanjian itu. 

Kedua-dua syarikat pada asalnya bercadang untuk mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka pada akhir Januari tetapi menangguhkan pengumuman itu ke pertengahan Februari. 

-- BERNAMA-KYODO 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan