BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tambah Atau Gugur Atlet RTG Diketahui Mac Depan - Hannah

14/02/2025 01:15 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertambahan atau pengguguran atlet dalam program Road To Gold (RTG) hanya akan ditentukan selepas kitaran mesyuarat jawatankuasa baharu program itu dilakukan Mac depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata mesyuarat itu dalam masa sama akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

“Kita akan buat sama ada pada Mac. Tunggu pengumuman.

“Kita sedang meneliti perkara berkenaan berdasarkan based on new commitee yang berjumpa kita akan bincangkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam masa sama, beliau sedang mengatur pertemuan bersama beberapa atlet berhubung pertambahan atau pengguguran atlet dalam program berkenaan. 

“Parlimen baru bermula dan saya sedang aturkan beberapa pertemuan termasuk Lee Zii Jia (perseorangan profesional lelaki), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (beregu profesional lelaki), Datuk Mohd Azizulhasni Awang (jaguh basikal trek),” katanya.

Jawatankuasa RTG bersidang buat kali terakhir pada November tahun lepas sekali gus menutup akaun bagi kitaran RTG sebelum ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Hannah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan