BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Perkenal Pelan Tindakan Stabilkan Pelaburan Asing 2025

20/02/2025 04:57 PM

BEIJING, 20 Feb (Bernama-CMG) -- China memperkenalkan Pelan Tindakan Stabilkan Pelaburan Asing 2025 pada Rabu.

Pelan itu merangkumi 20 langkah spesifik melibatkan empat aspek utama, termasuk meluaskan keterbukaan, meningkatkan taraf promosi pelaburan, mengukuhkan keberkesanan platform terbuka, selain mempergiat jaminan perkhidmatan.

Dari aspek meluaskan keterbukaan, China akan memperluas kawasan rintis bagi sektor telekomunikasi, perubatan dan pendidikan, di samping mengkaji dan menyusun pelan pelaksanaan untuk pembukaan lanjut sektor pendidikan dan kebudayaan.

Dalam pada itu, China akan mengoptimumkan demonstrasi rintis komprehensif mengenai pengembangan dan pembukaan industri perkhidmatan, menyokong Zon Demonstrasi Beijing untuk memainkan peranan bimbingan dalam pengembangan dan pembukaan industri perkhidmatan serta mengembangkan lagi skop rintis.

Menurut pelan tindakan itu, perusahaan modal asing yang berkelayakan dialu-alukan mengambil bahagian dalam program rintis pengeluaran produk biologi  dan memudahkan penyenaraian ubat-ubatan inovatif yang dipercepatkan berikutan pembukaan sektor bioperubatan secara teratur, manakala pelabur asing juga digalakkan untuk menjalankan pelaburan ekuiti di China.

Pelaburan asing adalah aspek penting dalam mempromosikan keterbukaan berpiawaian tinggi, selain memainkan peranan signifikan dalam memupuk kuasa produktif kualiti baharu dan mendorong pemodenan China.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan