BELANJAWAN 2025 > BERITA

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$117.7 Bilion Pada 14 Feb, 2025

21/02/2025 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$117.7 bilion pada 14 Feb, 2025 daripada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$105.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 billion).

Jumlah aset sebanyak RM634.34 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM527.02 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.70 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion), serta aset-aset lain  (RM61.45 bilion).

BNM menjelaskan jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM634.34 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.07 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.33 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM124.49 billion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.61 bilion), dan deposit lain-lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM10.71 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.96 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan