BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kepulauan Cook Lonjakkan Hubungan Dengan China Melalui Lawatan PM

03/03/2025 05:17 PM

HARBIN, 3 Mac (Bernama-CMG) -- Perdana Menteri Kepulauan Cook, Gordon Brown menyatakan bahawa Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif yang ditandatangani antara China dan negaranya menyediakan satu kerangka untuk kerjasama antara kedua negara dalam pelbagai bidang, merangkumi isu-isu yang menjadi tumpuan sama dan perkara keutamaan dalam pembangunan bersama.

Menurut beliau perjanjian yang berasaskan semangat kerjasama tersebut, meliputi pelbagai bidang terutamanya penyelidikan sains, inovasi dan teknologi.

“Kini, China berada di barisan hadapan dalam banyak bidang penyelidikan dan teknologi di peringkat global. Kami berharap melalui kerjasama dengan institusi dan organisasi penyelidikan di China yang mempunyai cita-cita yang serupa di bawah perkongsian ini, agar meningkatkan kemampuan negara sendiri dalam bidang teknologi. Ini amat penting bagi Kepulauan Cook, terutamanya dalam bidang lautan dalam yang sedang berkembang pesat, yang merupakan industri baharu dalam ekonomi kami. Saya berasa sangat teruja dengan perkara ini.”

Demikian dinyatakan PM Gordon Brown dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) pada 15 Feb sempena lawatannya ke China untuk menghadiri majlis penutup Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di bandar Harbin dan mengunjungi bandar Shanghai serta wilayah Shandong.

Menurut beliau isu perubahan iklim sudah menjadi ancaman paling besar bagi negaranya.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan China dalam peralihan ke penggunaan tenaga boleh baharu (TBB). Maka, kami memilih melawat beberapa institusi dalam bidang TBB dan bertukar pandangan, dan dapat menyaksikan kehebatan China dalam bidang teknologi bateri dan teknologi TBB yang dipercayai boleh memainkan peranan penting dalam proses transformasi negara kami ke arah penggunaan TBB,” kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan