SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS di Istana Alam Shah, Klang semalam.
Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu, iaitu Datuk Emran Kadir serta Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.
Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, turut menghadap pada majlis pengurniaan watikah sebagai anggota MAIS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pegawai Kewangan Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin.
Beliau berkata tempoh lantikan anggota MAIS yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 sehingga 31 Dis 2026.
Menurut beliau, pelantikan anggota MAIS yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 hingga 31 Dis 2026, menjadikan keseluruhan anggota bagi sesi 2024-2026 seramai 21 orang yang diketuai Salehuddin.
"Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial