Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 7 Mac (Bernama) -- Seorang maut, manakala tujuh yang lain masih hilang selepas banjir dan tanah runtuh, yang disebabkan oleh cuaca ekstrem, melanda Kabupaten Sukabumi di Jawa Barat, kata pihak berkuasa tempatan.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah Sukabumi (BPBD), sekurang-kurangnya 116 keluarga terdiri daripada 204 individu terjejas, dengan 159 orang terpaksa dipindahkan pada Khamis dan Jumaat.
“Bencana yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan ini menjejaskan 18 daerah, termasuk Simpenan, Lengkong, dan Palabuhanratu, yang paling banyak korban direkodkan,” kata Ketua Pusat Kawalan Operasi BPBD, Daeng Sutisna, dalam satu kenyataan.
Beliau mengesahkan bahawa kematian dilaporkan di Simpenan, manakala yang hilang termasuk dua mangsa dari Simpenan, tiga dari Lengkong, dan dua dari Palabuhanratu.
Kerosakan harta benda termasuk 10 rumah, lima daripadanya rosak teruk, bersama-sama dengan banjir yang menjejaskan 120 rumah dan 12 kemudahan awam serta sosial.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dengan BPBD bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari yang hilang dan menilai kerosakan.
Sutisna menggesa penduduk untuk kekal berwaspada kerana cuaca ekstrem mungkin berterusan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial