BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir: Jumlah Dipindahkan Di Sabah Terus Meningkat Pagi Ini

09/03/2025 10:46 AM

KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan Keningau dan Sook merupakan daerah terbaharu dilanda banjir.

Menurut kenyataan itu 133 orang daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keningau, manakala 130 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sook.

Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan iaitu 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke dua PPS, dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut.

“Sebanyak 24 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut, serta masing-masing dua di Keningau dan Sook. Trend pemindahan mangsa di Beaufort adalah kekal, manakala di daerah lain meningkat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan