LABUAN, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Penggiat Media Labuan menzahirkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) hari ini yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Persatuan berkenaan menerusi kenyataan memuji dedikasi dan sumbangan Dr Zaliha terhadap pembangunan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Persatuan itu turut menyatakan keyakinan kepimpinan beliau akan memperkukuh lagi dasar dan inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti di Wilayah Persekutuan.
“Pengurniaan ini membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat cemerlang yang diberikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
“Kami berharap untuk melihat usaha berterusan beliau dalam memajukan kepentingan Wilayah Persekutuan,” menurut persatuan itu, sambil menegaskan komitmen untuk menjalin kerjasama erat dengan pihak kerajaan dalam mempromosikan kewartawanan yang tepat dan bertanggungjawab, serta memastikan suara dan kebimbangan rakyat di Labuan dan kawasan lain didengari dengan berkesan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial