BELANJAWAN 2025 > BERITA

PRN Sabah: Warisan Bertanding Solo - Mohd Shafie

09/03/2025 02:50 PM

LAHAD DATU, 9 Mac (Bernama) -- Parti Warisan (Warisan) memutuskan akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang.

Perkara itu disahkan Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika dihubungi di sini hari ini.

“Walaupun tidak memiliki sumber kewangan besar, parti menawarkan kepimpinan tanpa mengira bangsa selain mampu meletakkan Sabah dan rakyat negeri ini berada di landasan yang tepat,” katanya.

 Pada PRN Sabah ke-16 lepas, Warisan memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun parti itu kini memiliki 14 kerusi selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negerinya bertindak keluar parti.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mempunyai tempoh hingga Oktober sebelum DUN Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan