BELANJAWAN 2025 > BERITA

Christian Chukwu Perkuat Skuad Perak FA Untuk Liga A1 2025/26

09/08/2025 09:26 AM

IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mendapatkan khidmat pemain tengah Nigeria, Christian Chukwu, bagi memperkuatkan skuad itu untuk saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26.

Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata seluruh warga Perak FA mengalu-alukan kehadiran pemain berusia 23 tahun dari Abia itu, yang sebelum ini beraksi bersama Marryland Nigeria.

Beliau berkata Christian, yang berperanan sebagai attacking midfielder (AMF), dikenali kerana kepintaran mengatur serangan dan kawalan bola yang kemas.

"Kehadiran Christian menambah pilihan kreatif di bahagian tengah, sekali gus memberi dimensi baharu dalam corak serangan Perak FA.

"Lebih menarik, Christian sudah didaftarkan dan bersedia untuk membuat penampilan sulungnya dalam aksi penuh sengit “Derby Utara” menentang Kedah FA malam ini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Perak FA.

Mohd Azhar mengajak penyokong Perak FA menyaksikan debut Christian serta menyokong pasukan itu di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

"Dapatkan tiket anda sekarang dan bersama kita turun ke stadium demi lencana di dada dan maruah negeri tercinta! Kejor Yob Kejor!" katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan