BELANJAWAN 2025 > BERITA

Duta China Ke AS Berucap Pada Konsert Gala Anjuran WIPAC

12/08/2025 03:43 PM

WASHINGTON, 12 Ogos (Bernama-CMG) -- China dan Amerika Syarikat (AS) perlu berpegang kepada konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengamalkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan bekerjasama secara saling menguntungkan serta mencari kaedah pergaulan yang tepat antara kuasa besar bagi bersama-sama mempersembahkan “simfoni” era semasa.

Duta Besar China ke AS, Xie Feng membuat kenyataan itu pada Ahad ketika menghadiri konsert gala Winners' Classic Circle anjuran Majlis Seni Piano Antarabangsa Washington (WIPAC) selaku pengerusi kehormat acara berkenaan.

Xie menegaskan sebagai dua entiti ekonomi terbesar dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan AS mempunyai tanggungjawab terhadap sejarah, rakyat dan dunia serta perlu bekerjasama demi kedamaian, perpaduan dan persahabatan sejagat.

Beliau berkata, Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping memberi penekanan mengenai pemeliharaan dan inovasi tamadun serta pertukaran dan kerjasama sosiobudaya antarabangsa.

"China sedia berganding bahu dengan semua negara untuk menggalakkan pembelajaran bersama antara tamadun, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pertukaran sosiobudaya dan integrasi budaya," katanya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan