BELANJAWAN 2025 > BERITA

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

17/08/2025 11:52 AM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.

Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu bertujuan menyembah maklum mengenai isu semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aspek keselamatan negara.

Mohd Khalid diiringi Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Datuk M Kumar. 

Pertemuan ini merupakan yang pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam PDRM.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan