BELANJAWAN 2025 > BERITA

Rumah Putih Lancar Akaun Tiktok

20/08/2025 02:20 PM

WASHINGTON, 20 Ogos (Bernama-Kyodo) -- Rumah Putih pada Selasa melancarkan akaun rasmi TikTok ketika penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) masih melihat aplikasi milik China itu sebagai isu keselamatan negara.

Langkah itu dilihat sebagai usaha membantu Presiden AS Donald Trump mencapai khalayak lebih luas dan lebih muda, ketika ketegangan dengan China semakin reda dan kurang sebulan sebelum tarikh akhir yang menghendaki syarikat induk TikTok, ByteDance Ltd., menjual aplikasi itu atau berdepan larangan persekutuan.

Pada April 2024, Presiden AS ketika itu Joe Biden menandatangani undang-undang yang mewajibkan ByteDance melepaskan operasi AS atau berdepan larangan di seluruh negara dengan alasan risiko keselamatan negara.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan sokongan dwipartisan di Kongres.

Larangan itu pada asalnya dijadual berkuat kuasa Januari lalu, tetapi Trump beberapa kali melanjutkan tarikh akhir sejak beliau memegang jawatan pada bulan yang sama.

Pada Jun, Trump menandatangani perintah eksekutif yang memberikan lanjutan terkini, yang akan tamat pada 17 Sept.

-- BERNAMA-KYODO

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan